by alizamarwa
assalamualaikum…
setelah lama aku menjejaki bumi China..baru kali ini berpeluang sejenak untuk menulis di blog ku ini pengalaman ku menjejaki ke bumi China dan ke tempat gahnya sukan olimpik yang baru berlangsung iaitu BEIJING…
sebenarnya aku pun tak bermimpi pun nak ke sana..tu pun dah last2 minit nak tarikh tutup dah, barulah aku amik keputusan untuk ke sana..itupun setelah melalui sesi kaunseling ngan kawan2 aku terutama kak azni yg banyak encourage aku untuk ke sana…(thanks kak azni..kalau tak, peluang tu takkan datang dah….)
tahun 2008 meninggalkan seribu kenangan pahit dan di saat2 penghujung 2008, aku dilimpahi rezeki yang tak dijangka dan membolehkan aku merantau untuk melihat negara orang seperti mana sabda Rasulullah SAW, ‘tuntutlah ilmu hingga sampai ke negara China’..and at last…aku dah sampai ke sana…
perjalanan yang mengambil masa 7 jam perjalanan dari KLIA menggunakan 2 pesawat…Cathay pacific dari KLIA ke HONGKONG mengambil masa lebih kurang 4 jam..dan membuatkan aku teruja…bila sampai ke lapangan terbang HK..disambut oleh anjing pengesan dadah di pintu masuk….hehehheh…terkejutz gak..maklumlah aku ni penakut dengan hanjing nih…wat relax la lalu sebelah hanjing tu…hanjing tu kompomlah wat dunno..bersih beb dari dadah..cuma aku riso lah manalah tau tetiba dia rasa sedap lak tengok badan aku…nak ngap aku ker…risoo..takut aku ter ngep lak hanjing tu…wakakakkakakaaka…dilapangan terbang HK..transit jap lebih kurang 2jam…
sambil2 tu berangan la…kalaulah dapat naik brunei airlines ni lak..huhuhu…tunggu Brunei…teringin lak nak ke sana….lepas menikmati pemandangan yang indah…dalam pkl 230ptg..beratur lak nak naik Dragon Air…yang akan membawa kami dari HK terus ke beijing..oh ya..aku dan rombongan berlepas dari KLIA jam 950 pagi…..bercakap menenai rombongan..lupa lak nak citer..aku ke beijing ni menggunakan pakej Halal Tours yang dikendalikan sepenuhnya ole POTOTravels….wah…promot lagi gitu..kosnya?dalam 2ribu stgh untuk 7h6m…semua disediakan..cuma bawak badan,baju nak pakai ngan duit nak soping jer….dan aku leh katakan…memang servis yang diberikan bagus dan aku memang akan pilih POTO lagi sebagai agensi utama aku untuk travel lagi lepas ni…senang..aptah lagi makanan halal dan solat kita di jaga…tempat tinggal..hotel 4 bintang punya…
makanan pun..haoliao ooooo…ok..sambung lik…dr HK ke beijing lak amik masa dalam 3 jam..dan akhirnya kami semua selamat sampai di tanah Beijing jam 6 ptg..masa kami sampai..keadaan dah gelap..maklumlah..kat sana skrg musim sejuk..jadi waktu siang adalah pendek..jam 4 dah senja…waktu di sana sama macam Malaysia..cuma masa siangnya pendeklah…apa yg leh aku ucapkan..ALHAMDULILLAH….merasa gak aku ke negara orang…dan selamat sampai…keluar je dari perut kapal terbang, suasana dingin menyucuk tulang aku dah terasa..walaupun aku ni bigsaiz..tapi tak tahan sejuk beb…semua org dah menyarungkan baju sejuk..termasuk aku…sampai di luar airport, wakil dari agensi pelancongan di bawah POTO dah sambut kami…David atau nama melayunya Daud adalah tourist guide kami sepanjang berada di sana…david ni student di Universiti Beijing yang ambik jurusan bahasa Indonesia..so..memang takder maslah komunikasi lah dengan dia..sepanjang bersama ngan david..penerangan semua dalam bahasa Indonesia…dah naik bas pelancong, kami di bawa ke tempat makan untuk menjamu selera..hehehhehe….first time makan makanan pior chinese cooking…dah lapar, telan jer lah..yang penting..tempat tu halal….masakan nya biasa la…lain sikit dari makanan kita…terutama supnya dan of course lah banyak sayur2an….lepas mentekedarah, kami di bawa ke hotel penginapan kami, iaitu Rainbow Hotel untuk merehatkan badan dan melelapkan mata….sbb excited..takder lah nak tido awal pun..tapi yerlah..dah sana malam awal..jam 9 mlm tu..dah macam tgh malam la…lepas membersihkan diri, dan of course lah pilihan air panas tu penting untuk mandi..aku dan kakak sebilik aku iaitu kak irma merangkap kawan sekolah aku yg duduk sebelah aku dalam bilik guru…hehehhe..ikut family dia la ni gi beijing nih…pun masuklah tido…huhuhuhu..tak sangka..iskk..sampai gak aku ke Beijing..yahuuuuuuu.
hmm..ngantuk la plak..nantilah sok2 lak aku citer utk hari ke 2 eh…nanti aku load lagi pic2 yg aku tak load abis dalam album aku..oklah…huaargghhh..nite
Posted in Uncategorized | No Comments »
by alizamarwa
well…alhamdulillah..dengan keizinannya..aku telah melangkah ke negeri di bawah bayu pada 18-26hb november 2008…lots of interesting places that i can see all around sabah and i feel that its really enjoyable and hopefully i can come again next time….
sabah.as we know..banyak benda2 baru yang boleh kita pelajari, lihat dan merasa…lots of…keunikannya…huhuhuh…..aku mendarat dengan selamat di terminal 2 pada jam 1230 tengahari pada 18hb
…menggunakan khidmat TYH BORNEO agency..disambut oleh khairul, salah seorang staff mereka dan terus di bawa ke tempat penginapan kami di backpackers lodge
..simple place..sesuai untuk org2 seperti kami yang datang untuk melakukan outdoors activity and nak lepak lama2 kat sana…harga bilik yang berpatutan…keadaan dalam macam sebuah rumah..ada ruang tamu untuk menonton televisyen…di situlah tempat kami melepak saban hari..first day..dah gi jalan2..of course..memandangkan tempat yang kami ditempatkan tu di jalan gaya..berdekatan dengan pasar filipina…disitulah tempat kami menjamu mata….adoii sampai juling gak lah mata ni melihat koleksi mutiara dan barangan lain yang memukau..tapi aku tak beli apa2 pun for the first day…aura membeli tak sampai lagi (mungkin gaji pon tak masuk lagi kot..ahaks)…then lepas tu makan kat food court kat ctu..bukan food court..macam pasar malam jer,…yang menjual secara lambak makanan laut bakar…huhhu..dari ikan sampai lah ke sotong, ketam…malah kepak ayam pun jadik sasaran kami…apa lagi..melantak tak ingat donia..hahahahhaha…bagus sudah..second day..bersiap2 gi poring…air panas…huhuu..kat cni naik canopy walk..huiyyyooo….aku ni dah lah gayat…tak pandang bawah beb…tinggi gila…..huhuhu…aku nengok yang lain rileksss jer…oh yer…lupa lak nak kabo….aku gi bukan sorg..tapi semua kami ber tujuh….kak pura n da famili, aku and fazli…anak2 kak pura rileks jer lalu canopy walk tu..lupa lak tingginya berapa…tapi mak oiii….ketaq gak la……dah selamat turun..pi mandi ayo panas kat bawah tu…tapi tak mandi pon..just rendam2 kaki jer…malas lak nak tuko2 baju….lepas abis kat poring…balik ke tempat penginapan baru…apakemendetah namanya tapi penginapan cni setaraf 3 bintang la…sejuk gila beb…kat situ suasana huh..tak sabar nak daki gunung rasanya..sebab terletak dekat2 ngan kaki gunung kinabalu…malam tu tido nyenyak..sok pagi nak bangun awal dah sbb nak start daki kinabalu….huhuu
pagi2 lagi hari ke 3….start mendak..sebelum tu biasalah..mendaftar dan sebagainya…guide yang akan handle kami…roidon ngan luke…derang yang akan guide kami samoai atas…org dusun…baik orangnya…start mendaki dalam pkl 845 pagi…dijangka akan sampai ke laban rata dalam 4-5 jam utk org fit..bagi aku???ehehehheheh….takes time looooo…..penat gila..dalam perjalanan ke atas sinun…memang pemandangan memukau gile….memang menakjubkan…ciptaan ALLAH…tapi memandangkan penat jer…gambar tak banyak amik lah….nak layan penat lagi…untuk sampai ke laban rata..iaitu kawasan menginap sebelu naik terus ke atas puncak kinabalu…setinggi 6km…macam dekat jer bunyikkan..tapi…huh…mengah beb…bagi aku la…tapi truely aku cakap…jalan nak naik atas sebenarnya senang gila…sebab dah ada track…so for those yang nak naik..aku syorkan pegilah naik di time2 muda ni…dah tuo nanti..tak larat beb….naik punya naik..biasalah..aku antara yang terlast…jam 528 ptg..aku sampai…alhamdulillah…terkabul juga aku untuk sampai atas sana sebelum jam 6….sbb jam 6 dah gelap beb….huhuhuh..malam tu tido kat laban rata yang sejuk gila…sib baik bilik kami ada heater..tapi nak tido mmg tak leh ar…cukup susah nak bernapas…aku mmg tak leh nak tido…jam 2 pagi kami semua dah bangun…bersiap sedia nak naik atas…huhuhuuu….malang bagi aku…lagi 280m nak sampai..aku dah turun..hehehhe…lagipun aku di beri peluang untuk melihat sunrise..walaupun kawan2 aku yg lain dapat naik puncak..tapi aku diberi peluang melihat matahari naik dengan gah sekali…huhuhu….satu pengalaman yang indah diatas puncak gunung…..walaupun belum puncak lah..hehehhehe…pengalaman mendaki kinabalu yang penuh ranjau tapi mudah sebenarnhya…so aku dapat lah sijil itamputih…jadiklah…hahahahhaha
huhuuh..ni pic k.pura n famili dia yang berjaya naik ke atas…..lepas tu kitaorg turun lah ke kaki gunung..gerak pkl 1030…aku,k.pura n fazli yang last sampai ke kaki gunung iaitu jam 5….hehhehehe…menggigil lutut beb nak sampai..nak gi kinabalu…train naik turun tangga selalu…taklah jadik macam kitaorg…kahkahkah…..apa2pun..alhamdulillah…sampai dengan selamatnya…malam tu balik backpackers semula…tido tak ingat donia dah…sabtu…semua org meneluh…kaki sakit ooooooooooo….mmg gila ah sakitnya…aku pun dah jadik cam robot…..sib baik sabtu tu takder aktibiti…dok melayan kaki sakit jerlah dalam bilik…huhuhuu…
ahad….dalam keadaan kaki yang masih sakit…kami gi plak kiulu untuk apa lagi…water rafting lah…perkara yang aku tunggu2 sangat..berdebar pon ada..tapi sebenarnya sangat enjoyyy..kat kiulu…tahapnya iailah I-II jer…maksudnya tak susah la…..huhhuuu…syok…ada 3 team masa tu……cemas pon ada..tapi kami dapat jurumudi yang terer…angelo..philipino..tapi dah dok sabah lama dah…dia yang handle kumpulan kami…huhuhuhuhu….best…pengalaman yang menarik…dan paling best bila kene lambung ngan arus sungai yang deras…huhuhuhuhu…..petang tu balik semula ke backpackers…and the next day..isnin….journey to pulau sapi n manukan yang memang fascinating…wow…mwmukau…air yang jernih..ikan yang warna warni..memang aktiviti kami aktiviti untuk menggelapkan kulit ar..hasilnya aku yang gelap makin menawan lak…hahahahahhaha….kat sana kami berpeluang join seawalking di mana kami berjalan dalam air…kedalaman 5 meter…huhuhuhuh…pengalam yang bagus..main2 ngan ikan2 dalam laut…teruja gak sbb ni jer satu2 nya kat msia yang ada..so..tak leh lepaskan….jalan dalam air, cari nemo…huhuhuhuhu..nanti aku load pic..korg tengok ar……then selasa kitaorg free…masa tu lah gaji dah kuar n leh ar beli ckit ole2 untuk org kampung…..ada lah ckit…nak soping lebih2 pon tak dapek ar kan…..huhuhuhuu…asal adooo!!!!….then rabu flight kami dicepatkan ke jam 120…dan kami pun pulang ke kuala lumpur dengan selamatnya dan mendarat jam 430 ptg..alhamdulillah
sebenranya aku nak citer dengan lebih detail tapi macam dah terlalu banyak sangat kat kepala hotak ni…so aku citer ringkas2 jer…kalau nak merasa pengalaman aku kat sana..tengok kat gambar yang aku akan load nanti eh…….hehehehehhe…pe2 pun melancong dalam msia pun dah cukup sebenarnya,,,,,aku jer gatai nak gi jauh ckit bulan 12 ni…ke mana??????TUNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGUUUU!!!!
Posted in Uncategorized | No Comments »
by alizamarwa
senyum sokmo eh….tu jerlah yg leh aku sedekahkan….jadiklah..nak sedekah pitih, takde manyak…huhuhuhuuhsiti_nurhaliza_-_ku_mahu
Posted in Uncategorized | No Comments »
by alizamarwa
kesilapan diri sendiri yang terlalu besar di dalam diri aku adalah mudah untuk mempercayai orang…mungkin disebabkan sikap diri sendiri yang tidak suka menipu orang menyebabkan orang mudah untuk mengambil kesempatan di atas sikap ku ini..namun..aku percaya atas pembalasan….biarlah kita membuat kebaikan..insyaALLAH…Tuhan akan sentiasa bersama-sama kita..walaupun begitu, sakit hati ini,..memang perit.susah untuk diluahkan dengan kata-kata…tabiat manusia, menipu dan sekaligus menyakitkan hati adalah lumrah namun adakah sikap ini harus dikekalkan…bukanlan aku tidak pernah menipu, namun biarlah berpada-pada..membuatkan diri sakit dengan sikap manusia…sejauh mana kita mampu untuk menipu diri sendiri..tepuklah dada..tanyalah hati……
Posted in Uncategorized | 2 Comments »
by alizamarwa
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Posted in Uncategorized | 2 Comments »
by alizamarwa
dalam menjalani liku-liku krhidupan, mempunyai ramai kawan, sebenarnya banyak mengajar kita erti kedewasaan..kematangan,….belajar melalui pengalaman org lain banyak mengajar aku tentang kehidupan yang sebenar,..kehidupan yang memerlukan pengorbanan yang mendalam…pengorbanan dari banyak segi….belajar dari kesilapan diri sendiri dan juga belajar dari persekitaran….apa pun untuk menjadi orang yang terbaik dalam kehidupan adalah belajar menerima kelemahan diri sendiri…belajar untuk tidak mementingkan diri sendiri dan memahami kehendak sendiri dan org lain..ingin menjadi disukai bermakna mestilah menyukai semua org….tidak semua yang kita inginkan dapat dan tidak semua yang kita dapat adalah sesuatu yang di inginkan….apa2 pun berbaliklah kita kpdNya….dari Dia kita datang dan kepadaNya kita dikembaalikan..dalam apa jua yang kita lakukan..jika kita menghadapi masalah..ingatlah itu adalah ujuan dan dugaan darinya..jika kita selalu berjaya dalam kehidupan,tanpa ada halangan..ingatlah,Tuhan nak menduga kita adakah kita bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan dan adakah kita tamak ataupun berkongsi bersama-sama kejayaan tersebut dengan org lain???jika kita selalu gagal pula, ingatlah bahawa Tuhan sebenarnya amat menyayangi kita kerana dengan cara ini kita selalu akan mengingatinya..sekurang2nya kita akan mendapat pahala selalu, dengan selalu menyebut namanya…walaupun Tuhan tidak mengabulkan permintaan kita, disitu pula Tuhan nak menguji adakaah kita akan menyalahkan pencipta kita terus-terusan ataupun terus berusaha dan bersyukur dengan segala cabaran yang mendatang??jika kita tak dapat apa yang kita inginkan, bukanlah bermaksud Tuhan tidak mendengar..kerana ALLAH maha mendengar, tetapi Tuhan nak menduga sifat kesabaran kita kerana sabar kan kekuatan kita sebagai orang islam…seperti yang pernah kita dengar,kekuatan seseorang itu bukanlah terletak pada kekuatan fizikalnya atau senjata yang dipegangnya tetapi kekuatannya adalah pada sifat kesabaran yang tingi dalam diri seseorang.kita selalu mengeluhkan..selalu bersedih, selalu tak puas hati dalam kehidupan…itulah sebenarnya cabaran dan dugaan yang ALLAH turunkan pada kita…kita beruntung sebenarnya….antara insan terpilih oleh ALLAH untuk kita cepat menambahkan pahala dan itulah bonus bagi kita..(bila ada masalah barulah nak beristighfar, selalu sebut ALLAH,ALLAH,ALLAH…dan lain2 lagi)..kita tak perasankan….dan bukanlah org yang selalu berjaya tu ALLAH tak sayang…..kasih sayang ALLAH setara untuk semua makhluknya…sangat sayang..dan ada bonus juga jika org yang selalu berjaya tu sentiasa bersyukur dsan selalu membuat amal kebajikan (sedekah, kerja-kerja amal..dsbg)..senang cakap apa2pun kita kembalilah kepadaNya..itu yang terbaik..sepertimana yang aku cakapkan pada kawan aku menerusi YM malam tadi….apa2pun yang kita lakukan semuanya ALLAH dah aturkan dan tentukan..dan ada sebab diatas sesuatu kejadian kenapa ianya berlaku..terutamanya jika kita tidak mendapat apa yang kita sayangi dan harapkan……renung2lah kawan2..aku bukanlah pandai mana nak memberi nasihat..cuma inilah cara yang aku amalkan sekarang…jika sedih, rungsing, tensen dan sebagainya..tariklah nafas panjang2..dan muhasabah diri sendiri ini semua ketentuanNYA yang telah ditetapkan dan senyummm…….itulah ubat yang terbaik…dan cuba fikir jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut dan berdoa moga ALLAH mrmberikan satu jalan atau cara yang terbaik untuk selesaikan maslah tersebut..dan tawakkal…..apapun..kun fayakun….nak jadi, maka akan jadiklah ia…..open ur mind n ur heart…..salamzzzz
alizamarwa
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
by alizamarwa
BAB 1
‘dah aku kata tak nak, tak nak lah’ tergamam aku seketika bila ira menunjukkan sikapnya yang jarang sekali diperlihatkan.’aku bukan bermaksud nak bagi kau marah, tapi itu hakikatnya, aziz yang beriya-iya benar minta aku sampaikan salamnya pada kau…tak baik tau kalau salam tak bersambut, lagipun dia tu cuma nak berkawan dengan kau lebih rapat, apa salahnya kan..lagipun kau kan masih single lagi’ aku memberikan pendapat aku sambil ira memandangku dengan penuh sinis..’alah, setakat aziz tuh, apa yang ada..apa barang aku nak orang macam tu, lainlah lutfi…hensem gitu..cair aku tengok…kalau dia yang kim salam…melompat aku…hehehehe’ tersenyum aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ira, kawan sejak mula-mula aku kenali sebelum masuk ke kolej lagi dan kami akhirnya ditemukan sekali lagi dikolej indera sakti.bagi aku ira seorang yang mudah didekati tetapi tetapi kadang kala sikapnya yang suka bermain dengan banyak ‘api’..merimaskan aku.’jom!!!’ira bangun lantas menarik tanganku…’nak ke mana??’….’ala, jomlah…kau kan penasihat peribadi aku merangkap setiausaha aku’…kadangkala aku malas juga nak mengikut si ira nih..tak lainlah tu,..nak ajak aku jadi peneman dia berjumpa dengan ‘kawan’ baru dia….ira..ira…
‘liya!!!’ terkejut aku bila satu suara yang kasar menerjah gegendang telinga aku….’oh..kau aziz, terkejut aku..hah kenapa kau?apa cerita?’ tersenyum aku melihat aziz berlari-lari ke arah aku…’macam mana?’…’macam mana apa?’..berkerut aku apa yang ditanya oleh aziz ni….’ira…apa katanya?’ ‘oh…!’…aziz sebenarnya mempunyai sesuatu yang membuatkan aku tertarik padanya..namun aku tahu siapa aku untuk bertakhta di hatinya…seorang lelaki yang sederhana namun mempunyai karismanya yang tersendiri…aku pernah menyimpan perasaan padanya..namun perasaan itu mati bila aziz tiba-tiba menyuarakan isi hatinya yang mempunyai perasaan pada ira…’ermm…dia ermmm..erkk..dia pun kim salam balik pada kau..’ tipu sunat, apa salahnya demi kebahagiaan seseorang kan…’yeszzza..heheheheh….thanks ya….ermm..nanti aku nak bagi dia sesuatu.kau tolong aku lagi ya’..’ngomel aziz..’eh…kau buatlah sendiri..sampai bila nak aku jadik posmen tetap dan berpencen kau ni?jadi gentleman lah sikit aziz..kau pergi pada dia, kau bagi jer hadiah tu..lagi dia suka’ aku memberi pandangan yang seikhlasnya pada aziz walaupun hati aku sedikit tercuit dengan kata-kataku sendiri…’bukan apa..aku tengok ira tu macam nak taknak je bila aku senyum pada dia..mungkin dia malu agaknya kan…’ aziz membuat telahannya sendiri…aziz, ketahuilah kau yang ira memang tak ada hati dan perasaan untuk kau…kesian juga aku tengok si aziz ni..nak je aku cerita kan hal yang sebenar, namun aku tak mahu melukakan hatinya yang sedang berbunga-bunga..hati yang mengharapkan hadirnya perasaan cinta dan kasih sayang dari seorang insan yang bernama nurhanira osman…’insya ALLAH aziz..aku akan bantu kau kalau itu yang kau nak’ demi kau aziz, aku akan lakukan semata-mata untuk melihat kau ceria dalam kehidupan kau yang kau cipta kan sendiri. bila kau gembira..cukuplah kalau aku dapat tempiasnya…’thanks..nanti bila aku dah bersedia..aku akan lakukan sendiri..thanks liya..kaulah sahabat aku yang paling best’ aziz mengangkat ibu jarinya sambil tersengih…seronoknya kau aziz…aku doakan moga kebahagiaan berpihak pada kau…dan maafkan aku kerana membiarkan kau bermain-main dengan perasaan yang sama sekali tidak pernah wujud diantara kau dan ira…maafkan aku..!!
( 2 b kontiniu )
alizamarwa
Posted in Uncategorized | No Comments »
by alizamarwa
busan gak..lama cuti nih dari hari nih (6hb sampailah 11hb)…tak tau nak gi mana..dok cni tunggu kawan2 balik jerlah..lepas nih leh gi makan mee udang kat kuala sepetang, gi ulu kenas….hehehheehe…geng2 bujang jerlah….main boling ngan adik..hehehehehe…dok umah..melayari internet…tu jerlah….cuti nihpun ramai lah yang kawin..salah sorang my fren…mazlina n bakal hubby dia..eddy..tahniah…perkenalan dalam kelas dah leh sampai ke jinjang pelamin..baguslah korg nih….wat yang lain2 yang akan bertunang gak…wish u all hepi 4 ever…..jgn lupa jemput aku yer….nnati bulan 3 lak cuti lagi seminggu…cuti sekolah lak..heheheh…nak gi kl lah..jalan2…jom kita sama2 lepak kat kl…masa ni lah nak kaco kawan2 yang keje..hehehehehehehhe….oklah 2 b kontiniu…
Posted in Uncategorized | No Comments »
by alizamarwa
Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta
Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta
Reff:
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta
Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta
Posted in Uncategorized | No Comments »
by alizamarwa
countdown…lagik 3 hari menjelang tahun baru…tak sabar rasanya nak melangkah ke tahun baru…2007 adalah tahun yang menggembirakan dan yang paling memeritkan….pada sapa yang tahu, pasti amat memahami perasaan aku…aku harap sangat cepat2lah masuk tahun 2008….rasa macam nak wat banyak sangat perubahan…tapi ntah lah ek….dapat berubah ker tak…besalah selalunya hot-hot chicken drop jer…….ekekekekekeke….banyak lagi yang perlu dikejar…untuk menghepikan diri sendiri pun tak habis lagi…..dats y harap2 tahun 2008 akan datang banyaklah yang menghepikan dari yang mengharukan….pada kawan2 yang akan berubah tittle pada tahun depan awal2 lagik aku ucapkan tahniah…tahun depan pun nak kene susun jadual, kenduri sapa yang nak pi nih…ramai beb kengkawan yang close dengan aku nak kawen….tu pun kalu dijemput ar…sonot tengok org bahagia dengan life n soulmate masing2…tengok kengkawan bahagia pun dah cukup bermakna n dapat membuatkan aku bahagia…..aku???biar takdir dan waktu yang menentukan..aku percaya pada qada dan qadar Allah…

Posted in Uncategorized | No Comments »